Tuesday, January 12, 2010

past and present

.
ok. bayangkan situasi ni.
TIMAH. LEMAN. ABU.
dahulu, timah bersama leman.
sekarang, timah bersama abu.
yang dahulu leman. sekarang diganti abu.
walaupun timah tahu abu adalah yang 'present' tapi dia masih mahu mengenang masih mahu menginginkan leman yang 'past'.
abu kerap dibanding-bandingkan dengan leman.

Mother Theresa once said
"If you keep on judging people, you have no time to love them"

mungkin kalau aku kawan si timah, dulu, aku akan selalu dengar timah bercerita mengenai leman. sikap leman. sifat leman. kegembiraan yang leman salurkan. kebahagian yang leman hulurkan. dan akhirnya, kedukaan yang leman berikan.

mungkin kalau aku kawan si timah, sekarang, aku akan selalu dengar timah bercerita mengenai abu. sikap abu. sifat abu. kegembiraan kebahagiaan yang abu hulurkan.
namun abu tak mungkin setanding leman di hati timah.

"abu kelakar, tapi leman lebih kelakar. sense of humournya lebih tinggi"
"abu baik orangnya, namun leman lebih gentleman"
"abu prihatin, tapi leman lebih mengambil berat"
"abu buat aku tersenyum, tapi leman buat aku tak tidur malam"

abu serba serbi elok, namun tetap ada si leman yang sentiasa 'melebihi' abu.
ini kenyataan atau si timah mengikut kata hati yang memang sentiasa melebihkan leman?
timah sedar atau tidak bahawa leman adalah masa lalu.
masa lalu yang telah pun berakhir.

sesempurna mana pun abu di mata timah, mereka tetap berakhir.
ada perkara yang membuatkan mereka berpisah.
sekuat mana pun sayang timah kepada abu, mereka tetap berakhir.
ada hal yang membuatkan mereka berpisah.
yang menjadikan leman adalah past.
dan timah, sepatutnya, jika mengikut logik akal, harus tegak tumpuaannya pada yang present,
namun hati dan mindanya tetap degil mahu kekal pada yang past.

akhirnya?
leman dan abu sama-sama jadi 'past' kepada timah.
selalu bukan situasi ini terjadi.




*kenapa apa yang di dalam otak dan apa yang ditaip dan cuba diluahkan tidak seiringan*
.

3 comments:

tHe anIMateD bIJaN said...

sila jadi straight. i mean tulis secara straight =p

mgkin bole hadiahkan timah time capsule kalau dah gila sangat nak balik ke past

Anonymous said...

hahah aku terasa bai D:

aliah adam said...

takda kene mengena dengan yang hidup yang separuh hidup atau yang sepenuhnya tidak hidup lah babe =)

general.