..
Aku tak minta dijadikan perempuan yang emosinya akan tunggang-terbalik, sentiasa.
Perempuan yang tidak mahir mengawal rasa.
Dan pernah tiba satu saat, yang aku sudah cukup lemas,
Lemas dengan semuanya.
Aku tekad untuk tutup semua pintu masuk.
Dan, sesudah aku tutup rapat-rapat, tiada yang cuba datang ketuk.
Jika yang datang ketuk perlahan pun tiada, apatah lagi yang hendak ketuk kuat-kuat.
Ketuk kuat-kuat dan kemudian kata ‘sila benarkan aku masuk’.
*sigh*
Oh mungkin ada, seorang dua.
Itu bagi aku, sudah lebih dari memadai.
..
2 comments:
omg...
yui : kenapa?
Post a Comment