Thursday, June 3, 2010

nilai wang ringgit

cehh aliah, mentang-mentang dah bekerja, title pon bercakap mengenai duit nampaknya.
ye, pendek-pendek aku pon, aku bukan pekerja bawah umur ye. legal, sekian.

mula-mula mestilah nak cakap pasal rate gaji.
bila kau kerja sendiri, kau sendiri cari duit, baru kau rasa betapa bernilai setiap saat kau, baru kau tahu betapa bernilai setiap sen kau.
sekarang aku bole relate dengan penyataan "sebutir nasi umpama setitik peluh petani"
tak maksud aku relate di sini bukan lah aku pergi kerja menanam padi di sawah berpeluh-peluh lalu aku pon bole relate, takkkk.
mungkin kita bole improvise penyataan tu jadi "setiap sen umpama setiap langkah dan setiap meal yang aku key-in kan"

yes. aku jadi duitlistik. sangat berkira bila nak berbelanja.
sebab aku dah tahu penat jerih baba.

dan sekarang aku pon dah bole relate kenapa ada hari-hari yang bila dia balik dari office, baba langsi semacam. suma orang pon dia marah-marah.
tak mudah bekerja.
sama ada ko cina tukang kebun atau kau aunty potong sayur dan buah atau kau tukang kira duit atau mungkin kau gadis penyambut tetamu atau kau pengurus sekalipun,
tak mudah.
jadi selepas ni kalau baba balik angin tak tentu pasal, anak faham dan terima ;)

sekejap, bukan tadi nak cakap pasal duit ke, kenapa cakap pasal baba-balik-rumah-dan-marahmarah-pula haha. maaf terpesong =_="

berbalik.
duit pon, tak semestinya kalau kau bergaji besar, kau boleh berbelanja besar.
duit sewa rumah, bayar loan rumah sendiri, loan kereta, barang dapur, barang peribadi, perbelanjaan anak dan isteri, tup-tup tau-tau gaji kau habis tanpa kau yang berpenat lelah ni bermesra-mesraan dengan duit gaji kau tadi.
itu belum tambah dengan saudara mara yang tak segan silu untuk meminta 'loan-yang-entah-bila-nak bayar-lagi' =_="
gaji besar, tanggungan pon banyak.

aku selalu rasa orang-orang yang merokok ni tak sayang duit ke.
perokok kurang tegar, mungkin sehari sekotak, dalam rm9, kalau sebulan dah rm270, setahun rm3240 ok.
perokok tegar, yang sehari 2kotak, kira-kira dalam rm18, kalau sebulan rm540, setahun mahunya rm6480.
setahun dah ribuan yang dibakar, kalau bertahun-tahun? wohh O.O
kalau simpan, mungkin dah bole jerit seperti pakcik yang menang dalam contest poweroot "pakcik kayaaa" tu dah.

tak.aku tak pernah anti perokok. duit kau. kau punya pasal.
dan aku kadang-kadang agak fascinated dengan lelaki-lelaki yang perokok ni
dorang bole create bonding, borak-borak mengenai masalah negara masalah dunia, sementara menunggu sepuntung rokok tu habis, walaupun mereka tidak saling mengenali.
sepuntung rokok itu yang mengeratkan hubungan ayah-anak lelaki dan abang lelaki-adik lelaki mahupun teman lelaki-teman lelaki.

tetapi sudah pasti kalau boleh, preferable, tidak lah merokok.
jantung sihat. paru-paru sihat. sperma pon sihat. pokoknya, semua mudah-mudahan sihat. ribu-ribu tu baik belikan intan berlian ke zamrud permata ke dari dibakar begitu sahaja =D

ngantuk pula. selamat malam, aliah adam =)

4 comments:

Airora F. said...

kerja mana? btw aku balik kuantan ahad ni.

aliah adam said...

pizza hut.
alaaa aku sabtu ni balik johor pulak
amjad nak sunat
jumaat ko dtg lepak taipan ah

tHe anIMateD bIJaN said...

mrokok tu means bermesra-mesraan ngn wang ringgit hasil titik peluh la tu. same je kalau nak masukkan dalam terms lain. tak perlu beli itu dan ini. kalau kumpul2 then ntah lg byk. hehhhh~

haNny said...

wahh..da kjew rupenye mmbr aq ni..
kau kjew dimana?
kal0 kfc atau mcd..bley aq tumpan sekaki mkn kt ctu..tpy 0f c0urse la aq yg byr..hahaha..